Isnin, 25 November 2013

I'm Falling Without you

Selepas waktu persekolahan,
"So,semuanya interesting?" Soal Nasyaza kepada Eika."Nothing" jawab Eika sepatah.Itulah kebiasaan mereka,tamat sahaja waktu persekolahan,pasti mereka akan mengulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah sambil menceritakan kisah yang berlaku pada hari tersebut.Lebih tepatnya,mereka suka bergosip."Eika,kau okey tak?" soal Nasyaza."Aku okey,kenapa kau tanya aku macam tu?" soal Eika kembali kepada Nasyaza.Nasyaza berdegus "Hmmm,tak lah,aku tengok kau macam tak happy saja.Aku tanya sepatah,kau jawab sepatah dan kau nampak muram." balas Eika ceria sekadar untuk menyedapkan hati teman baiknya itu.Di rumah,Eika mencampakkan beg sekolahnya ke atas katil miliknya.Dia mengeluarkan sekeping gambar di dalam poket beg sekolahnya dan segera merebahkan diri dikatil.Eika menatap gambar itu dengan penuh perasaan."Zaime,aku menyukai kau sejak dulu lagi.Tetapi,kenapa kau bercinta dengan orang lain?kenapa?"Eika berkata sendirian di dalam bliknya.Tadi semasa rehat,dia ada terdengar khabar angin yang menyatakan bahawa Niny,seorang pelajar perempuan yang famous dan cantik disekolahnya telah menjalinkan hubungan dengan Zaime.Zaime adalah lelaki yang menjadi kegilaan ramai wanita kerana ketampanaan wajahnya.Oleh itu,Eika merasa sangat cemburu apabila mendengar khabar angin tersebut.Eika masih ingat,Zaime pernah menyapanya dulu semasa tingkatan 1.Sejak detik itu,Eika merasa sangat bahagia dan dia berjanji kepada dirinya bahawa dia akan cuba mendapatkan Zaime.

Keesokkan harinya.Di sekolah...
"Kringg!!!" Loceng berbunyi menandakan bermulanya sesi pembelajaran pada hari tersebut.kelihatan pelajar-pelajar tingkatan 3A1 masih rancak berbual dengan rakan masing-masing."Hey,Eika,homework yang cikgu bagi semalam kau siap lagi?"Tanya Nasyaza kepada Eika."Dah,ambillah.""Thankss Eika!!" Balas Nasyaza dengan senyuman.Eika mengerling ke penjuru kelasnya,kelihatan Niny sedang memberikan sesuatu kepada Zaime.Eika memerhatikan mereka  dengan perasaan yang sangat cemburu.Nasyaza yang berasa hairan kenapa Eika mendiamkan diri dari tadi segera mengerling wajah Eika.Nasyaza melihat Eika sedang khusyuk memerhatikan Niny dan Zaime."Mungkin ini penyebab kenapa Eka sedih semalam." bisik hati Nasyaza.Rehat..."Nasyaza,aku hendak pergi ke perpustakaan,sebab nak pulangkan buku ini,Kau pergilah dulu ke kantin." kata Eika kepada Nasyaza."Okey".Eika membelek-belek buku yang hendak dihantarnya untuk memastikan tarikh pinjaman itu sudah cukup tempoh.Sedang dia leka mebelek buku tersebut tiba-tiba.."Bukk"Eika terjatuh."Aduh!" rintih Eika sambil memegang kepalanya."Hey,buta ke hah?" marah Eika sambil menepuk baju sekolahnya yang kotor akibat jatuh tadi.

"Maafkan saya,awak okey?" balas lelaki itu dengan nada yang agak risau.Eika mendongak ke atas.Tergamam dia seketika."Zaime?" tergagap-gagap Eika menyebut nama tersebut dengan jantung yang berdebar-debar."Eika" teriak Zaime,Eika berpaling "Ini gambar awakkan" kata Zaime sambil tersenyum.Eika mencari-cari gambar itu dalam bukunya."Oh no,itukan gambar dia yang selalu aku bawa!!" bisik hati Eika.Dengan muka yang merah padam,Eika menjawab."Bukan,itu bukan saya punya!" Zaime tersenyum."Tapi tadi gambar ini terjatuh dari buku awak.Tak apalah,awak simpanlah gambar saya ni." Hulur Zaime kepada Eika  mengambil gambar tersebut dengan wajah merah padam lalu segera berlari meninggalkan Zaime.Zaime hanya memerhatikan Eika hilang dari pandangannya dengan senyuman.Rupa-rupanya Niny dan Wani sedang memerhatikan Zaime dan Eika dari tadi."Areghhh,kurang ajar punya perempuan.Berani dia kacau teman lelaki aku." teriak Niny."Niny,Zaime bukannye boy kau kan?Kau sengaja reka cerita dan bagitahu semua pelajar kat sekolah ni kan?Padahal Zaime tak kata dia couple dengan kau kan?" balas Wani dengan bertubi-tubi."Hey,Wani.Kau ni sama saja kan!" Jomlah balik kelas,geram betul aku!" bebel Niny  sambil marah,Wani hanya menurut.

Keesokkan harinya di padang sekolah,
"Hai,termenung jauh nampak!" sergah Zulfazli dari belakang Zaime."Hish,kau ni terkejutkan akulah." balas Zaime sambil mengusap-ngusap dadanya."Sorry!" balas Zulfazli sambil tersengih-sengih.Dikelas 3A1,"Nasyaza,jom teman aku pergi dekat padang sekolah kejap aku tertinggal baranglah!" pinta Eika."Okey" balas Nasyza."Hey Niny,apa kata kita ikut dia orang,mana tahu diorang jumpa Zaime kau!" bisik Wani kepada Niny,Niny menuruti.Dipadang sekolah,"Hey Eika,itu Zaime kan?" soal Nasyaza "Jadi?" soal Eika dengan wajah yang serius."Eika,aku tahu kau menyukai Zaime kan?Tak apa,jangan risau,aku takkan bagitahu dekat dia." Eika hanya tersenyum."Hey Eika,mereka tengah berbual apa tu?" soal Nasyaza "Entahlah.""Zulfazli,aku rasa aku dah jatuh cinta." terang Zaime."Wah,gadis mana yang bertuah tu?' balas Zulfazli dengan senyuman."Eika,Eika Syazana.Aku mencintai dia dari dulu lagi,tapi aku tak berani nak mengatakan kepadanya.Tapi semalam baru aku tahu bahawa dia juga mencintai aku sebab dia menyimpan gambar aku.Aku merasa sangat bahagia,Zulfazli!" terang Zaime panjang lebar.Tiba-tiba,"Pakk!" terdengar seperti ada benda terjatuh,mereka berpaling."Eika?" kata Zaime,Eika tergamam lalu berkata "Zaime?awak mencintai saya?" Zaime melihatnya."Ya,saya mencintai awak Eika" balas Zaime dengan gembira.Nasyaza dan Zulfazli tersenyum."Wani,aku tak patut menganggu kebahagiaan mereka." kata Niny ikhlas kepada Wani.Wani mengangguk dan senyum.Mereka berdua hanya memerhatikan dari jauh."Zaime,saya sayang awak!""I Love U,Eika!" balas Zaime."Hye nama saya Zulfazli saya kawan baik kepada Zaime.Awak?" soal Zulfazli kepada Nasyaza."Saya Nasyaza kakak kepada kembar saya,Eika." balas Nasyaza."oo..Awak single ke dah berpunya?" soal Zulfazli dengan senyum."Hah?I'm still Single hehe" balas Nasyaza sambil tertawa.Sesungguhnya mereka semua merasa sangat bahagia sekali pada detik itu.

Khamis, 21 November 2013

Hanya Satu

"Assalamualaikum!!Apa khabar semua??Lama tak jumpa"sapa Nabilah dengan ceria.Rakan sekelasnya pun ketawa kerana  baru semalam mereka berjumpa.Ammar yang berada di sudut kelas hanya tersengih seorang diri."Apa khabar?"sapa Nabilah kepada Ammar.Seperti biasa,Ammar tidak akan mengendahkan sapaan Nabilah.Bagi Nabilah,dia sudah lali dengan perangai Ammar yang agak jual mahal.Tetapi,dia hanya hendak menyakat Ammar.Sarah yang berhampiran dengan Ammar hanya memerhatikan Nabilah dengan perasaan tidak tenang.Sarah kemudian mengimbau kembali kenangan lamanya bersama dengan Ammar sewaktu masih kecil.Mereka selalu bermain bersama-sama,tetapi kini Ammar tidak seperti dulu.Kini mereka tidak lagi bersembang banyak.Ammar kerap memandang ke arah Nabilah.Dia kini menyedari yang dia sudah menyukai Nabilah yang ceria.Pada keesokan harinya,Cikgu Hafiz membawa seorang pelajar lelaki."Kelas sila ambil perhatian,hari ini kita ada murid baru yang akan belajar di kelas ini.Di persilakan Izue.""Apa khabar.nama saya Izue.Seperti yang cikgu cakap tadi,saya akan berlajar dalam kelas ini.Jadi harap kamu mesra tidak sombong yee..""Baiklah Izue,awak duduk di sebelah Nabilah.""Hye,selamat berkenalan Izue"sapa Nabilah dengan ramah."Hye,emmm..Nie Nabilah yang ceria dan peramah tu kan?"soal Izue "Eh,mana ada saya biasa-biasa je lah"balas Nabilah.Di belakangnya,Ammar memandang dengan penuh rasa cemburu."Hisshhh!"Dengan tiba-tiba,Sarah menegur Ammar."Ammar,kau marah ke?""Tak ada lah.Angry bird ada lah!!!"Ammar membalas acuh tidak acuh.Mereka pun mula bersembang.Nabilah yang menyedari akan hal itu berasa rimas akan kemarahan Sarah dengan Ammar.

Beberapa bulan kemudian,
Nabilah menceritakan masalahnya kepada Izue berkenaan perasaannya terhadap Ammar.Selain Nabila,Sarah juga menceritakan perasaanya terhadap Ammar kepada Izue."Famous juga Ammar ni erk?"Izue berkata dalam hati.Semakin hari,semakin rapatlah Izue dan Sarah.Nabilah merasakan bahawa Izue makin melupakan dirinya.Ammar juga menyedari hal tersebut.Memandangkan Nabilah,Ammar dan Izue di dalam kelas yang sama,mereka senang bergaul walaupun tak banyak sangat.Pada suatu hari,Ammar melawat ke rumah Izue.Dia tidak memberitahu akan niatnya kepada Izue.Sampai sahaja di rumahnya,Ammar terkejut melihat seorang budak perempuan bermain PS2 bersama Izue."Nabila,pass bola tu dekat abang,cepat!!"Ammar berasa amat terkejut.Terlintas di fikirannya mengatakan bahawa Nabila yang disebut oleh izue itu ialah Nabilah yang disukainya.Dengan rasa marah,kecewa dan cemburu,Ammar pulang ke rumahnya.Sejak itu,Ammar tidak menumpukan perhatian pada pelajarannya.Keesokannya,Nabilah berasa terkejut kerana Ammar meninggalkan sekeping nota buatnya yang bertulis..


"Nabila,jumpa saya ditaman sekarang!Sekarang juga!"
Tanpa berlengah,Nabilah pun berlari menuju ke taman.Dia dapat melihat kelibat Ammar yang menuggunya di taman,Nabilah pun memulakan bicara."Ammar,kenapa?""Nabilah ni ada perasaan terhadap Izue ke?!!"Tanya Ammar."Eh,Mana ada Saya sukakan Izue."Muka Ammar merah padam menahan marah kerana ridak percayakan Nabilah

Secara tiba-tiba,Nabilah menitiskan air matanya.Ammar terkejut melihat dia menangis.Dia pun berasa gelisah kerana dia melihat Nabilah menangis."Ermmm,Kenapa ni??"Tanya Ammar dengan berasa bersalah.Dalam tangisan,Nabilah menjawab..."Saya tak pernah suka dekat orang lain.Hanya awak seorang yang bertahta di hati saya.Ammar,saya sukakan awak."Ammar terkejut mendengar pengakuan Nabilah.Sebelum sempat membalas pengakuan Nabilah,bunyi tepukan terdengar dari belakang.Rupanya,Izue dan Sarah dan seorang perempuan yang tidak dikenali.Mereka juga telah mendengar pengakuan Nabilah kepada Ammar.Wajah Ammar dan Nabilah bertukar merah padam menahan malu."Ammar,perkenalkan adik aku,Nabila.Sebenarnya,yang kau tengok hari tu sewaktu aku main PS2 tu adik akulah.Maafkan aku sekiranya salah faham.Nabilah pun,aku minta maaf,ya?"kata Izue dengan panjang lebar.Selepas mengesat air matanya,Nabilah pun bertanya."Adik?Sejak bila kau ada adik?Dulu aku tak pernah nampak pun.""sebenarnya saya tinggal di asrama.Sebab itulah Kakak tak pernah jumpa dengan saya."Balas Nabila adik kepada Izue."owwhhhh..,Maknanya "Nabila" yang kau sebut hari tu,adik kau la yee?"soal Ammar.Izue menganguk mengiyakan soalan Ammar.Nabilah yang hanya melihat terkejut melihat Sarah berpegangan tangan dengan Izue."Izue,Sarah!kamu couplekah??hehe.."Tanya Nabilah tanpa rasa malu.Mendengar bertanyaan itu,Izue dan Sarah yang malu pun melepaskan pengangan tangan.Mereka semua  pun ketawa terbahak-bahak."So,apa jawapan kau,Ammar?"soal Izue."Tukar topik nampak,hehe!"Ammar yang teringat kembali tentang luahan perasaan Nabilah.Selepas menarik nafas,Ammar berkata..."Nabilah,Saya pun sukakan awak."Nabilah berasa terkejut mendengar jawapan Ammar.Lalu mereka berdua pun tersenyum dengan penuh makna.

Jumaat, 1 November 2013

Diriku Tidak Tenang

Pada suatu petang,ketika kebanyakan pelajar sekolah menengah dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu persekolahan,seorang pelajar lelaki menunggang motorsikalnya dengan merbahaya.Mencuri perhatian pelajar lain.Senario itu dianggap biasa bagi pelajar yang sering melintasi kawasan itu untuk pulang ke rumah.Dari jenis motorsikal yang digunakan dan cara tunggangannya,pelajar lain sudah mengetahui dia ialah Ikwan.Anak kepada pengurus syarikat yang kaya.Ikwan ialah satu-satunya anak kepada pengurus itu.Maka,dia menjadi kesayangan ibu bapanya.Segala kemahuannya dituruti malahan segala keputusan terletak pada tangannya.Dia yang menentukan hidupnya sendiri.Atas alasan anak tunggal jugalah dia bersikap liar dan menjadi remaja yang gemar bersosial.Dia banyak kali ditahan di balai polis di atas banyak kesalahan,namun dia tetap dibebaskan kerana peguamnya akan sentiasa menjaminnya.Pada petang itu,Ikwan mengalami krisis dengan kekasihnya kerana dia berlaku curang.Di atas hal itu,dia menunggang motorsikalnya lebih agresif daripada biasanya.Ketika sedang memecut laju,Ikwan tidak sedar kelibat seorang pelajar perempuan yang sedang melintas jalan.Dia hanya memecut laju  mengikut jalanya sehingga terlanggar pelajar perempuan tersebut.Pada mulanya,Ikwan berhenti melihat keadaan mangsa dari motorsikalnya.Apabila keadaan menjadi kecoh kerana mangsa berlumuran darah,dia terus menyambung semula perjalannya.Dia malas menyibukkan diri di tengah orang ramai.Apa yang tidak diketahuinya mangsa telah mati  ditempat kejadian.

3 Bulan Kemudian...
Fasha melangkah masuk ke dalam rumahnya.Dia terus pulang ke rumah sejurus pulang dari sekolah.Dia tidak menyimpang ke tempat lain kerana dia tidak sabar hendak menulis.Dia telah mengikat kontak dengan sebuah syarikat penerbitan untuk menjadi penulis.Maka,dia berusaha keras untuk memberikan karyanya yang terbaik untuk syarikat itu.Tanpa berlengah,dia terus menghidupkan komputernya dan mula menaip.Ibu bapanya tiada di rumah kerana sibuk berkerja.Jadi tiada siapa yang dapat menghalang dia menulis sesuka hati.Ketika sedang khusyuk menulis,Fasha tidak menyedari bahawa satu roh berada dibelakangnya sednag memerhatikannya.Dia ialah kawan baiknya yang mati 3 bulan lalu akibat kemalangan jalan raya.Dia berkata "Fasha aku minta maaf.Harap kau maafkan aku."Tetapi tidak didengari oleh Fasha.Roh itu masuk ke dalam badan Fasha dan menguasai badan dan fikirannya.Perkataan pertama yang diucapkan oleh roh itu adalah "Terima Kasih,Fasha."

Keesokkan harinya,
Fasha berjalan masuk ke dalam kelas dengan senyuman dan kelihatan sangat cantik sehingga rakan-rakan sekelasnya terkejut dengan penampilannya.Rakan yang berada disebelah mejanya menegur Fasha dengan nada sinis."Fasha,kau dah terminum racun ke atau ada masalah fikiran??""Rumah saya ada banyak air khasiat sampai tak habis diminum,jadi saya belum minum racun lagi,masalh fikiran?saya baru je check dekat doktor semalam,Doktor kata saya sihat.Mungkin awak yang patut jumpa doktor check apa yang patut."Fasha berkata sambil senyum sinis.Satu kelas menjadi sunyi bagaikan seorang guru displin yang ganas memasuki kelas mereka.Tiada siapa sangka yang selama ini,Fasha seorang  yang pendiam,pemalu dan hodoh boleh berubah sekelip mata.Ikwan yang juga merupakan ahli kelas itu,memandang Fasha dengan pandangan yang mengagumkan.Nampaknya,Farah yang menguasai Fasha itu telah menarik perhatian Ikwan tanpa disedari.Sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran berjalan,Fasha menyerlah di dalam kelas kerana berjaya menjawab segala persoalan yang diajukan dan berjaya menyelesaikan soalan yang sukar.Rakan karib Fasaha yang sebenar,Nisha turut terkejut dengan perubahan mendadak Fasha.Kerana sebelum ini Fasha tidak pandai berlagak dan seorang yang pendiam.Fasha juga sering meinta pertolongannya menyelesaikan soalan yang sukar.Tetapi dia telah berubah.Dia sudah menjadi seperti orang yang paling pintar di dalam kelas.Orang yang sering mendapat number 1 di dalam kelas.Seperti Farah,yang mati kemalangan 3 bulan lalu.Kesangsian Nisha kepada Fasha semakin membuak-buak apabila Fasha buat pertama kalinya,meminta Nisha mengikat rambutnya.Ini kerana ibu Nisha adalah seorang pengusaha salon dan Nisha sedikit sebanyak mewarisi kelebihan ibunya.Perbezaan Fasha dan Farah adalah Farah kelihatan menawan dan cantik.Manakala Fasha lebih bersikap selekeh.Satu persoalan bermain dalam Nisha sepanjang hari,siapakah yang sebenarnya berada di sekolah hari ini? Fasha atau jelmaan semula,Farah???

Seminggu berlalu...
Ikwan menunggu Fasha di depan,pintu masuk sekolah.Ketika itu,semua pelajar telah pulang ke rumah kerana waktu persekolahan telah lama tamat dan Fasha selalunya pulang lewat dari sekolah kerana sibuk membantu guru-guru yang meminta pertolongan.Ikwan mengunakan kesempatan itu untuk bertemu dengannya.Fasha yang baru ini,benar-benar telah menarik perhatian minat Ikwan.Sikap tidak peduli Fasha kepada Ikwan,semakin membuat Ikwan meminatinya.Petang itu,Ikwan ingin meluahkan isi hatinya kepada Fasha yang tidak bertahan lagi.Apabila ternampak kelibat Fasha keluar dari sekolah,dia cepat-cepat menariknya.Tindakan drastiknya telah mengejutkan Fasha.Dia meletakkan tangan di sebelah Fasha seperti seorang samseng.Fasha memaki hamun perbuatannya.Segala hamunan Fasha terhenti apabila Ikwan meletakkan jarinya ke mulut Fasha."Kau ingat kau buat macam tu kau hebat? Kau satu-satunya perempuan yang pandang rendah dekat aku.Sebab itulah aku sukakan kau."Kata Ikwan."Apa?suka? Kau lelaki yang teruk yang pernah aku jumpa.Paling tak berhati-hati pernah aku jumpa.Aku tak suka kau!!!!"Terik Fasha sekuat hati.Ikwan tidak percaya dengan apa yang dia dengar."Minta maaf,Saya Cintakan Awak" ucap Ikwan  kepadanya."Sya Pun Cintakan Awak Juga"Balas Farah.Tiba-tiba roh Farah keluar dari badan Fasha.Fasha pun pengsan di tengah-tengah jalan.Ikwan pun cemas melihat situasi itu.

Sebulan kemudian..
Ikwan mengalami kejutan dan tekanan emosi yang dasyat.Dia kini kerap bersendirian di dalam bilik mengenang kembali apa yang berlaku.Kata-kata Fasha membuatkan dia menagis kekesalan."Ikwan,saya yang sebenar bukan seperti yang awak lihat sebelum ini.Farah ialah orang sebenar yang awak suka.Dia menjelma semula kerana roh dia tidak tenang."Kata Fasha.,Ikwan terkedu mendengar ayat itu."Dia tidak tenang kerana dia tidak meluahkan lagi perasaan yang terpendam selama ini dekat awak."Sambung Fasha lagi.Dia melelapkan matanya setelah sekian lama memikirkan hal itu.Roh Farah kembali mendekati Ikwan dan menitiskan air mata.Titisan air mata itu jatuh ke pipi Ikwan dan membuatkan dia terbangun dari tidur.Apabila dia membuka matanya,roh Farah hilang ditiup angin.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Sweet n Sour Family

Di rumah,
"Awak ni asyik dengan rekaan awak tu je,tengok Aina tu menangis-menangis kat bilik tu!"Rungut Ayah kepada Ibu."Saya tengah sibuk nak baiki balik baju yang saya dah siap jahit ni! Tengok apa Aina dah buat! Dia conteng baju ni,adoi! Dahlah esok nak kena tunjuk dalam pembentangan rekaan.Sebab itu saya pukul tangan dia...."Belum sempat Ibu menghabiskan bicara,satau pelempang hinggap di pipinya."Awak memang dah melampau,tangan Aina luka tahu! Saya pun kerja juga tapi ada masa untuk keluarga!"Suara Ayah makin kuat menarik perhatian anak-anak.Mereka sembunyi di belakang dinding sambil mencuri dengar."Awak tampar saya...Kenapa? Awak dah benci dengan saya?"Soal Ibu dengan tangisan menahan sakit di tampar."Ya.Awak dah melampau...Dah berapa kali saya nasihat awak untuk luangkan masa untuk keluarga,tapi awak degil sangat!"Terang Ayah dengan perasaan geram.Aina yang sembunyi dengan abangnya berlari meluru kepada Ibu dan memeluknya."Ibu....Aina minta maaf..Aina dah rosakkan baju Ibu...Ayah jangan marah Ibu...Aina yang bersalah!"Teriak Ainan tersedu-sedu.Tiba-tiba Ibu melepaskan tangan Aina daripada memeluknya dan melemparnya kepada Ayah."Kamu memang suka tengok Ibu kena marah ngan Ayah kan??! Dah pergi kat ayah kamu tu mengadu lagi macam-macam pasal Ibu...Huh...Kusut kepala betul!"Rungut Ibu,tidak semena-mena."Saya....nak awak ceraikan saya..Ya..ceraikan saya!!!"Pinta Ibu kepada Ayah."Baiklah kalau tu yang awak mahu....Sini Aina anak Ayah!"Ayah seakan-akan malas untuk bertengkar lagi dan merasakan bercerai adalah satu langkah terbaik.Tanpa berlengah,Ibu menarik tangan Aiman,Amin dan Aman."Mari ikut Ibu!Kita pergi dari sini!Pergi kemas barang-barang kamu!"Perintah Ibu,mereka ketakutan dan pantas bergerak.Aina bingung,dia berlari ke arah Ibunya yang sedang melangkah meninggalkan rumah."Ibu jangan tinggalkan Aina! Aina sayangkan Ibu...Ibu!"Raung Aina,Ibu buat tak endah walaupun dalam hatinya amat berat untuk pergi."Abang-abang jangan pergi..."Raung Aina lagi.Mereka bagai ingin keluar dari teksi dan berpatah kembali namun Ibu memegang erat tangan mereka,mengahalang.Terdetik dalam hati mereka rasa sedih atas peristiwa yang berlaku pantas dan masih sukar untuk menerimanya.Sejak itu,Aina sentiasa berdoa dan berharap agar mereka dapat bertemu dan bersatu kembali.

Sedekad berlalu,Di rumah Aina.
"Ayah! Aina dah balik!"Teriak Aina."Oh anak Ayah...Hah macam mana sekolah?"tanya Ayah.:SEkolah..haha.... Macam biasa.Haha,Ayah malam nanti kita tengok bola nak?Aina dah siapkan kerja sekolah kat kelas tadi."Ucap Aina mengubah topik."Bola?Oh! Chelsea lawan Liverpool eh?Boleh je.."setuju Ayah.Sementara itu,di Johor."Ibu,kami ada benda nak bincang.."ucap Aiman memulakan bicara,"Ya,ada apa?"Jawab Ibu."Kami nak ke KL esok,,,Kami nak...Kami nak..."Amin teragak-agak."Nak jumpa Aina,Kan?Dah agak dah....Kalau pasal tu,Ibu tak benarkan...Dah berapa kali Ibu cakap,tak boleh kalau pasal benda ni!"Ibu marah."Tapi Ibu,dah sepuluh tahun...Sepuluh tahun kita tinggalkan Aina dengan Ayah...Dia bukan orang lain,dia adik kami,anak mak!"kata Aman yang mencelah.Bagi dia sudah cukup malah lebih dari cukup untuk Ibunya merajuk dan memarahi Aina."Aiman,Amin & Aman.Ibu minta maaf atas sikap penting Ibu nie.Betul cakap kamu,Ibu ni pentingkan diri,betul!Ibu rasa kita perlu balik KL."Ucap Ibu dalam nada menyesal."Ibu,yang sudah biarkan berlalu...Sekarang apa yang kami mahu,kita kembali sebagai satu keluarga macam dulu."ucap Aman."Ya..."Angguk Ibu."Tapi Ibu tak sedia lagi sebab rasanya susah untuk Ayah kamu maafkan Ibu,bagi Ibu sikit ruang untuk bersedia...Jangan bimbang Ibu pasti akan ke sana..."sambung Ibu."Tak mengapa!Esok kami akan bertolak pagi..Kalau Aina dan Ayah tahu pasal Ibu nak jumpa mereka pasti mereka suka.Jangan risau.Kami yakin!"ucap Aiman meyakinkan Ibunya.Keesokkan hari di sekolah."Aina...Assalamualaikum!"sapa Fatin mesra."waalaikumussalam."ucap Aina dalam nada malas."Aik kenapa masam je muka nie?!Hah mesti pasal bolalah tu!"Soal Tikah."Yup...Chelsea kalah ngan Liverpool...Ayah aku sokong Liverpool!Ayah cakap kalau Chelsea kalah saya kena denda!"jawab Aina kecewa."Denda?Denda apa?"soal Fatin."Nanti petang saya kena masak untuk makan malam! aih..saya mana reti masak?Yang saya tahu masak air dengan maggi je lah!Adoi!"rungut Aina."hahaa...Kesian!Tak apa,nanti kita orang tolong..ok?"cadang Tikah."Betul ke niy?Yay! sayang korang!"ucap Aina lantas memeluk mereka."Hoii!lepaslah...Lemas tau tak?!!"jerit Tikah dan Fatin.Tanpa mereka sedari Aliff memerhati dari belakang dan tersenyum melihat gelagat mereka."Aina...tengok tu Aliff!Budak yang engkau selamatkan dari kena buli dulu tu pandang kau la..Siap senyum lagi!Wah!comelnya."Bisik Fatin."Yeke?biarlah dia tu"ucap Aina sedangkan dalam hatinya sangat gembira.

Di rumah Aina,
"Klik"Aina memetik suis lampu rumahnya."Hello,Aina!"sapa seorang daripada tiga lelaki yang duduk di ruang tamu rumahnya kepada Fatin."Aina?haha..Saya bukan Aina lah.Ni baru Aina."ucap Fatin."Saya Aina..Siapa awak semua ni hah?Dah la duduk dalam gelap tadi..jangan-jangan awak bertiga ni.."Soal Aina dalam ketakutan."Pencuri!!"Aina,Fatin & Tikah menjerit!"Hei..Relaks,relaks...ni,Abanglah!!"ucap Amin menenangkan mereka yang takut."Abang??Wah...Abang...!"Jerit Aina terkejut lantas memeluk ketiga-tiga abangnya."Tapi ni Aina ke?Dengan rambut pendek..Baju selekeh...Senang cerita Nampak macam Tomboy.."soal Aiman hairan."Yelah...lainnya kamu Aina"Amin dan Aman juga hairan."haha..Saya...hmmm..."Aina tak tahu nak berbicara tentang dirinya."Oh..dia ni memang perangai macam lelaki sikit....haha..Tapi dia baik."Celah Fatin sambil matanya tak berkelip menatap Aman."Fatin,Tikah jomlah masak.Dah pukul berapa ni?Nanti tak sempat lak."ucap Aina mengubah topic."Masak tapi kenapa kena panggil kawan nak masak?"Amin hairan."Haha,abang,Aina kena denda masak makan malam..tapi Aina tak reti.Abang nak tolong ke?"soal Aina."Masak? serahkan pada Abang!"teriak Aiman."Buat pengetahuan Aina...abang ni chef kat hotel 2x5 bintang tau."Amin memuji diri."Wah!yeke?baguslah macam tu!Jom semua let's start cooking!"jerit Aina sambil berlari ke dapur.Di dapur."Okey!Semua dah basuh tangan dan pakai apron?"soal Aiman."Dah,Chef!"jawab semua."Ok...Amin,Aman kamu tolong bersihkan ikan dan sayur-sayuran.Aina buat jus!Kamu,Tikah tlong masak nasi dan kamu,Fatin.."belum sempat Aiman habis cakap,Fatin mencelah,:saya sediakan pinggan..haha""Ok...Tolong saya sediakan pinggan untuk hiding makan."perintahnya."Ok!"Ucap semua sambil menunjukkan tanda "Ok:".Selepas 2 jam."Wah,sedapnya!"ucap Aina."Haha..Tengoklah siapa yang masak!"Aiman  puji diri lagi."Aina,Ayah selalu balik pukul berapa?soal Amin."Oh,biasanya time ni dah balik dah.."Tiba-tiba"Ting,Tong""Aina kamu ajak siapa kat rumah ni?Banyaknya kasut!"Rungut Ayah."Ayah..."Amin,Aiman dan Aman berjalan ke arah Ayah lantas memeluknya!"Kamu ni..?"Ayah terkejut."Dia orang Abang-abang Aina lah!Ayah"terang Aina."Oh...Apa khabar?Dah besar panjang anak-anak Ayah."Soal Ayah terharu."Baik...Jom Ayah kita makan sama-sama."pelawa Aman."Baiklah...Aik,Fatin,Tikah pun ada jugak?"soal Ayah."Ya,Assalamualaikum"ucap Fatin dan Tikah serentak."Waalaikumussalam..Haha..bagus juga ramai-ramai macam ni.Jom makan sekali."pelawa Ayah.Namun terdetik dalam hati Ayah,di mana Ibu..

Keesokkan harinya,
"Aina bangun..bangun!Dah pukul berapa dah ni?Anak dara jenis apa kamu ni..?"bebel Amin."Alah Abang ni..Aina ngantuk lagi la"ucap Aina dengan mata tertutup.Lantas Aiman menyelak langsir."Wah! terangnya matahari...Sakit mata!"rungut Aina lagi."Tahu pun....Bangun cepat!Ikut Abang pergi mall"Ucap Amin."Mall?Kenapa...Kenapa?"Aina bingkas bangkit dari tidur dengan mata terbeliak."Haha lawak la kamu ni..Dah!Cepat mandi,jangan banyak Tanya!"perintah Aiman.Di mall,"Kenapa ni?Nak belikan Aina Baju Kurung?Baju warna pink?Skirt?Adoyy!"rungut Aina."Yelah,kalau Ibu Nampak kamu pakai baju cam laki nanti pengsan dia!"kata Aman sambil membelek-belek baju untuk adiknya."Amin,baju ni ok tak?"soal Aman."Ok,nah Aina pergi masuk kat bilik persalinan,cepat!"ucap Amin yang membatukan diri.Beberapa minit kemudian.."Ish,lamanyabudak ni!"rungut Aiman.Tiba-tiba.."Abang...baju ni peliklah!"kata Aina sambil membelek-belek baju yang dipakainya.Mereka semua terkejut!Aina jauh lebih cantik jika berpakaian perempuan dan mereka seakan-akan tak mengenalinya."Wah..Lawanya Aina!Pelik? Taklah!"Puji Aman."Miss!Tolong bungkus baju yang lain dengan baju yang dia pakai tadi sekali."perintah Amin kepada Sales Girl."Berapa semua? Rm1000?Ok!"kata Amin sambil memberikan kad kreditnya kepada cashier."Ok! Next is manner lesson!"kata Aman pada Aina."Hah??Kenapa?"soal Aina hairan."Yelah...Untuk baiki manner Aina sebagai seorang perempuan betul tak?"sambut Aiman dan Aman.

Keesokan hari,di sekolah,
"Eh,siapa tu?"semua pelajar berteriak kehairanan sewaktu Aina melangkah masuk ke dalam kelas.Dia berjalan tunduk kerana malu dengan bertudung.Lagi pula penampilan sungguh berbeza..berbeza kerana Nampak feminine!"Eh,tu Aina lah!"teriak seorang pelajar."Wah,Aina daripada beast jadi beauty la...mesti dah tak garang macam dulu...lemah lembut...huahauahua"gelak semua pelajar.Kelas jadi riuh-rendah.Aina tak tahu nak buat apa..Mukanya makin merah padam."Ish..Mana Fatin dengan Tikah ni?Adoi! Aku tak boleh naik angin sebab nanti kena denda ngan abang."ngomel Aina bingung.Tiba-tiba,Aliff menjerit!"Diam semua..!Biarlah Aina nak berubah,kan bagus!Apasal korang suka sangat kutuk orang hah?!"Suaranya meninggi dan semua terdiam kerana sebelum ini Aliff tak berani meninggikan suara pun.Lantas Aliff menarik tangan Aina pergi dari situ."Thankss Aliff sebab selamatkan saya.."ucap Aina terharu."Sama-sama,Awak tak apa-apa kan?"soal Aliff risau."Haha!Tak.."Jawab Aina malu-malu."Aina,Thankss"ucap Aliff membuatkan Aina bingung."Kenapa?Apa saya dah buat?"Soal Aina pelik."Thanks,sebab ajar saya untuk jadi lelaki yang berani"terang Aliff."Oh...Pasal kejadian dulu yang saya selamatkan awak dari kena buli dengan samseng tu erkk?Haha,yeke?"Aina terharu."Ya...Dan sejak dari tu saya jatuh cinta dengan awak.Walaupun awak agar kasar...tapi awak baik."Kata-kata Aliff mengejutkan Aina."Sa...sa...sa..ya.. pun sebenarnya su..su..suka kan awak,Aliff.Sebab awak banyak ajar saya erti sabar lemah lembut"haha...sekarang awak jadi Aina the beauty dan saya Aliff the beast."kata Aliff membuatkan Aina tergelak.Tanpa mereka sedari Fatin,Tikah dan pelajar lain asyik memerhatikan mereka."Woohh...Beauty and the Beast couple...Sweet~"Teriak semua pelajar dari tepi memeranjatkan mereka berdua.

Waktu tamat kelas,
"Bye Fatin,Tikah,aku balik dulu!teriak Aina sambil berlari ke arah kereta yang dipandu Abangnya."Abang,kenapa bawa sampai tiga kereta untuk ambil Aina?"soal Aina kehairanan."Haha...dah..diam...!Aiman cepat tutup mata budak banyak cakap ni!"Arah Amin."Asal tutup mata lak nie?"Aina bertambah pelik.Lantas abang-abangnya membawa dia masuk dalam kereta Amin dan menghidupkan enjin kereta masing-masing.Di rumah,,Abang..Kita kat mana ni?Cepatlah!Aina nak buka kain ni...Sakit matalah."rungut Aina.Ibunya hanya tergelak melihat gelagat Aiman,Amin dan Aman menyakat adiknya.."Ok..Aina boleh buka kain tu sekarang."arah Aiman,Amin dan Aman serentak."Ibu!!!!" teriak Aina sambil berlari mendapatkan ibunya."Anak ...Ibu...Cantiknya...Pandai Ayah kamu jaga."Puji Ibu.Mereka sekeluarga saling berpelukan."Ibu dan Ayah akan bersatu semula."Kata-kata Ayah mengejutkan mereka adik-beradik."Yeke?Baguslah"teriak mereka sambil membuat high five antara satu sama lain.Akhirnya keluarga mereka bersatu kembali seperti apa yang mereka harapkan.Aina adalah orang yang paling gembira kerana Tuhan telah memakbulkan doanya.~

Jumaat, 13 September 2013

Kita Tetap Best Friend

Rina,Zul,Malik & Kimi merupakan 4 sahabat dari sekolah rendah lagi.Kini,mereka sudah melangkah masuk ke sekolah menengah 5 tahun yang lalu dan mereka tetap bersama.Mereka sering buat study group bersama dan keputusan peperiksaan mereka pun lebih kurang sama.Oleh itu, mereka adalah rakan sekelas sejak mula-mula melangkah ke sekolah menengah lagi.Rina seorang yang cool dan tidak banyak kerenah seperti perempuan lain.Ini menyebabkan Zul,Malik dan Kimi selesa berkawan dengan sekaligus tertahan sebagai sahabat sehingga kini.Pada minggu ke-4 persekolahan setelah sekian lama bercuti,ketika di dalam kelas,seperti biasa,4 sahabat ini akan bergurau senda dan berborak apabila cikgu tidak masuk dalam kelas.Tiba-tiba,seorang guru berjalan berjalan menuju ke kelas mereka dengan seorang pelajar perempuan."Eh...Cikgu la...cikgu la..! cepat duduk tempat masing-masing!"Kata ketua tingkatan kelas mereka.Mereka agak hairan kerana guru itu tidak mengajar kelas mereka.Rupa-rupanya guru itu hanya ingin menunjukkan kelas kepada pelajar perempuan bersamanya itu,kerana di adalah pelajar baru."Kelas,ini pelajar baru,cikgu harap kamu semua dapat guide dia jika dia tak tahu apa-apa ya!""Hai,Nama saya Fiqah(sampai di sini saja),saya baru saja berpindah ke sini.Gembira dapat bertemu kamu semua!"Kata pelajar baru itu lalu menuju ke tempatnya di sebelah Rina.Tidak di nafikan bahawa Fiqah seorang yang comel.Oleh itu,belum sempat duduk lagi mejanya,sudah dikelilingi oleh pelajar termasuk Zul,Malik & Kimi.Ini menyebabkan Rina tidak sempat menyapa Fiqah.Apabila keadaan sudah reda,Rina dan Fiqah mula bersembang dan cerita diri masing-masing.Rina banyak memberitahu Fiqah tentang sekolah ini.Loceng telah pun berbunyi menandakan waktu rehat."Oii,cepatla,kamu ingat rehat lama sangat kah?Simpan buku pun berlengah-lengah."Kata Rina."Kau pergi dulu...Tak payah tunggu kita orang,kita orang nak rehat dnegan Fiqah la,tadi tak sempat cakap apa pun dengan dia...Tahu nama saja..."Kata Malik."Kita orang pun nak kenalkan diri kita kat dia.!"Tambah Kimi dalam keadaan tersenyum."Oh..Ok ah,aku pergi dulu."Kata Rina dengan slamber.Dia tidak mengambil hati walau sedikit pun.Pada nya itu perkara biasa yang sering terjadi apabila lelaki bertemu dengan pelajar perempuan baru.

Keesokannya,seperti biasa loceng menandakan waktu rehat."Kamu...Aku nak pergi tandas kejap..Macam biasa la,Ok?"Pesan Rina."OK!"Balas Zul,Malik dan Kimi serentak.Biasanya kalau Rina ke tandas atau diminta tolong hantar buku ke bilik guru,mereka akan jagakan tempat untuknya dan kadang-kadang mereka akan belikan makanan sekali walaupun Rina tidak pesan banyak."Alamak...Lagi 10 minit saja lagi..Ahh!!"Rina bergegas ke kantin dan cari dimana sahabatnya duduk.Sampai saja dalam keadaan termengah-mengah."Kamu..."Belum sempat menghabiskan ayat nya,dia sudah recognize bahawa tiada tempat kosong untuknya dan Fiqah sednag berehat dengan sahabatnya itu."Sorry la,Rina...Memang dah tak da tempat kosong la..Kita pun turun lambat tadi."Zul menerangkan kepada Rina lalu sambung makan dan berborak dengan Fiqah.Begitu juga dengan Malik dan Kimi.Oleh kerana tiada seorang pun yang menghulurkan makanan kepadanya,dia pun terus beli makanan yang ringan supaya dapat makan sambil berdiri.Loceng tamat waktu rehat pun berbunyi sejurus dia membayar roti yang dibelinya.Dia berlari ke arah meja dan belum sempat meredakan lelahnya,Ketiga-tiga sahabatnya sudah berlalu pergi ke kelas bersama Fiqah.Dia agak sedih kerana mereka mesti naik kek kelas bersama-sama sebelum ni."Rina...cepat,cepat,sumbat saja...Go Rina!Go Rina!"Dia teringat akan sahabatnya yang menyokong dia untuk mengahabiskan makanannya apabila dia lambat pergi rehat kerana didenda.Perasaan sedih telah menutup seleranya untuk makan.Dia memasukkan roti yang dibelinya tadi ke dalam poket lalu beredar masuk ke kelas.Di Dalam kelas,Fiqah bertanya kepada Rina."Rina,Kau marahkah?Aku rehat dengan kawan-kawan kau tadi?"Dia bertanya dengan penuh lembut."Aku tak kisah la....siapa saja boleh rehat dengan kita orang."Balas Rina yang cuba untuk tidak mengambilnya sebagai something yang serious."Rina..hari ni kita orang stay back di library...Study group...Nak ikut?"Tanya Zul."Oh yakah...Memang la macam mana aku boleh tak ada! Lagipun nanti aku balik sorang-sorang pula.!" Balas Rina kerana mereka sememangnya balik sama-sama tiap hari.

Ketika dalam library,
"Mana Fiqah?Dia lupakah?"Kimi mengeluh."Eh...Fiqah sekali kah?Kamu tak bagitahu aku pun..kenapa ajak dia?"Tanya Rina."Tak ada la..Fiqah kan masuk sekolah lambat,banyak topic yang dia tertinggal,so dia minta kita orang tolong refreshkan untuk dia."Balas Malik."Oh...Sampai tiga-tiga sekali kena ikut.""Eh,aku mesti ada!"Kata Kimi,begitu juga dengan Zul.Rina menarik nafas panjang sambil kata dalam hatinya."Kenapa Fiqah nak minta ornag lain ajarkan pula...Bukankah lagi selesa kalau dia minta pelajar perempuan atau aku sendiri untuk ajarkan dia?! Lebih-lebih lagi,aku rakan semejarnya.."Beberapa minit kemudian,Fiqha pun dating.Mereka sungguh mesra sehinggakan Rina tidak dilayan oleh sahabatnya walaupun bertanya soalan yang tidak difahaminya.Rina berasa dia dipulaukan sednagkan perkara itu tidak pernah terlintas di fikiran sahabatnya.Oleh kerana dia fikir bahawa dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh sahabatnya dan digerumuni perasaan sedih,geram yang bercampur baur,dia terus beredar pergi sambil berkata "Aku balik dululah" dengan riak muka yang tidak selalu terpancar dimukanya."Kenapa dengan Rina tu..selalunya dia mesti balik kita macam biasa."Soal Zul kehairanan."Aku pun tak pernah tengok dia macam tu...Macam ada benda tak kena saja!"sambung Kimi."Biasanya kita tak pernah biarkan dia balik sorang-sorang..Dia pun mesti tunggu kita...Aku nak tengok dia lah!"Kata Malik."Fiqah,kita ornag balik dulu eh!"Kata Malik,Zul dan Kimi.Lalu mereka beredar pergi.Fiqah terpinga-pinga hanya menganggukkan kepalanya.

Zul,Malik dan Kimi berlari mendapatkan Rina yang sedang duduk termenung kosong di stesen bas."Rina....Kenapa tiba-tiba saja balik...Tak tunggu orang pun.."Kata Malik."Kamu kan nak tumpukan sepenuh perhatian kat Fiqah sampai aku pun tak layan.Lepas ni biar aku balik seorang.Tak payah tunggu aku,easy!""Oh...Aku faham kau kecil hati eh!"Kata Zul,Rina hanya berdiam diri."Oh..."Sambung Kimi dan Malik serentak."Rina aku dah lama kenal kau..Kalau kau nak tahu,kau kawan perempuan kita orang yang paling cool...Tak ada orang lain macam kau...Well lelaki tak lari daripada berkelakuan macam tu bila jumpa pelajar baru!Macam kawan Fiqah dulu..,tapi for us,Kita tetap best friends..!Kita memang zzang!!"kata Zul yang membuat Rina tersentuh."Sebagai seorang sahabat,mesti tak suka tengok sahabatnya yang lain sedih..Dah la tu,Rina...Kau Nampak macam Mickey Mouse la bila sedih!"Kimi berlawak seketika.Rina tergelak lalu mengukir senyuman dan 4 sahabat itu pun bergelak ketawa bersama.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Sampai Di Sini Saja

Suasana di dalam kelas tingkatan 5 agak bising.Ada pelajar yang hanya berbual kosong sementara menunggu ketibaan Cikgu Isa,cikgu bahasa melayu."Kau nie rajin betullah!"Puji Firdaus,mencuba mengusik Fiqah yang sedang membaca buku."Kau nie..Kalau tak menyibuk boleh tak?"Balas Fiqah,malas melayan sikap Firdaus yang sering mengusiknya.Fiqah terlalu masak dengan perangai Firdaus sejak mereka bersahabat dari tingkatan satu sampai sekarang.Sebenarnya Fiqah telah menyimpan perasaan terhadap Firdaus dari dulu,tetapi takut untuk meluahkannya.Fiqah sedar bahawa selama ini dia dianggap kawan sejati bagi Firdaus.Jadi lebih baik dia memendam sahaja perasaan ini.Cikgu Isa masuk kelas,tetapi kali ini dia ditemani oleh seorang pelajar perempuan baru."Baiklah,nampaknya kita ada pelajar baru hari ini."jelas Cikgu Isa memperkenalkan pelajar tersebut kepada mereka."Hai,nama saya Puteri.Gembira berkenalan dengan kamu semua."Puteri memperkenalkan nama sambil tersenyum.Saat itu juga Firdaus seperti tertarik dengan Puteri.

Di Sekolah,
Keesokkan harinya,kelihatan Firdaus begitu mesra dengan Puteri dalam masa yang singkat ini.Bukan main mesra mereka di dalam kelas,sementara Fiqah hanya mampu memandang,menahan perasaan sakit di hati."Fiqah..Hari ni aku tak dapat balik ngan kau.Aku ada hal.Kau balik sorang,boleh?"Tanya Firdaus.Memang kebiasaan mereka berdua selalu balik bersama."Boleh..Lagi pun aku tak balik terus ke rumah.Aku pun ada hal juga lepas balik ni."Jelas Fiqah.Dia tahu firdaus ada hal dengan Puteri."Terima kasih."ucap Firdaus terus berlalu pergi.Fiqah hanya tersenyum,naum di sebalik senyumannya itu,rasa seperti mahu menangis,namun apakan daya,semua itu tidak akan berubah."Hei..Kenapa macam sedih je nie?Hah....Aku tahu,kau sedih pasal Firdaus kan?"Tanya Najwa,kawan Fiqah."Tak sangka diorang boleh jadi rapat macam tu.Baru semalam  berkenalan,dah terus rapat."Luah Fiqah dalam keadaan yang sedih."Ala...Biarlah diorang tu.Masih banyak lagi laki kacak dalam dunia ni.Kalau kau bagitahu Firdaus tentang perasaan kau tu,bukannya dia nak terima.Dia masih anggap kau tu kawan sejati dia,tahu tak?"Ulas Najwa.Fiqah terdiam seketika."Mari sini,aku nak kenalkan kau seseorang kat kelas sebelah."Najwa menarik tangan Fiqah."Hai,Anas..Aku nak kenalkan kau kawan aku ni,Fiqah."Anas merupakan pelajar baru di kelas sebelah.Ketika itu juga Anas tersenyum melihat Fiqah."Hai,sa...saya Anas.Gembira berjumpa dengan awak."Anas menghulurkan tangannya,meminta berjabat dengan Fiqah sebagai tanda berkenalan.Hati Anasberasa berdebar-debar saat itu."Saya Fiqah.Gembira juga dapat berkenalan dengan awak."Fiqah membals,namun semua itu tidak dapat menggembirakan hatinya setelah apa yang terjadi."

Di Rumah Fiqah,
"Fiqah...Mari makan."Ajak Faiz,abang Fiqah.Hanya mereka berdua tinggal bersama.Ayah dan Ibu mereka sudah meninggal dua tahun lepas,Faiz telah diamanahkan supaya menjaga adiknya,Fiqah."Baiklah..kejap lagi saya turun"Balas Fiqah.Ketika itu,ada satu mesej yang diterima daripada Firdaus,Fiqah mula membaca."Fiqah,kau tahu...Hari ni aku sangat bahagia kerana akhirnya aku dapat berjumpa dengan cinta sejati aku,dialah Puteri.Kami telah bersama-sama berjanji untu mencintai dan setia antara satu sama lain.Aku sungguh bertuah kerana dapat seorang gadis yang baik dan cantik>Aku berjanji tidak akan mensia-siakan dia.Kau tahu....Kaulah orang pertama aku ceritakan.""Kenapa....Kenapa...?"Fiqah mula menagis sambil menekup mulutnya."Habis...Macam mana dengan perasaan dan hati aku?"Fiqah berbisik menangis."Fiqah,kenapa.."Faiz membuka pintu,terkejut melihat adiknya bersandar di dinding sambil menangis.Faiz menghampiri adiknya.Secara tidak sengaja,Faiz terbaca mesej berada di tangan Fiqah."Abang tahu adik kecewa.Abang sudah tahu perkara ni dekat adik.Adik begitu sayang kat Firdaus sehingga sanggup menulis perasaan adik di dalam diari."Hati faiz berbicara.Dua hari lalu,Faiz terjumpa diari Fiqah di atas lantai sewaktu mengemas bilik.Secara tidak sengaja,Faiz terbaca diari itu.

Selepas beberapa minggu,
"What's up,Firdaus?Apa hal kau ni?'Tanya Najmi."Aku dah putus dengan Puteri.Tak sangka dia curang dengan aku.Aku dah tak nak tengok lagi muka perempuan tu.Aku rasa sunyilah sekarang nie.Nak cari Fiqah,dia mesti bersama dengan budak baru tu.""Itulah kau...Bila ada masalah kau cari Fiqah.Tapi,bila kau senang kau lupakan dia.Padahal korang selama ni kawan baik dari dulu sampai sekarang.""Yelah,aku tau aku salah.Sekarang ni aku rasa betul-betul perlukan dia.Dialah satu-satunya sahabat aku.""Baik kau lupakan saja.Dia sekarang ni mesti bahagia dengan budak baru tu.""Hai,Firdaus,hai Najmi."Najwa menyapa."Firdaus,aku ada hal nak bagitau kau.Sebenarnya Fiqah..."

Di Luar sekolah,
"Hai,Fiqah."Ucap Anas,tersenyum lebar.Fiqah hanya diam."Kenapa diam saja nie..?Ada yang salahkah saya nie?Setahu saya..rasa....saya Nampak sangat kacaklah hari ni..Takkan itu pun awak tak perasaan?"Usik Anas,membuat Fiqah hanya ketawa kecil akhirnya."Hari ini awak dah buat saya ketawa...terima kasih."Ucap Fiqah.'Tak jadi masalah.Semuanya sentiasa untuk awak."Balas Anas."Saya tahu awak kecewa dengan Firdaus.Najwa dah ceritakan semuanya pada saya.Kalau boleh,Fiqah..Saya nak sangat tengok awak awak sentiasa senyum.Kalau awak nak tahu...Sa..Saya dah jatuh cinta pada awak..Sudikah awak terima saya?Saya janji...Akan bahagiakan awak selamanya!"Luah Anas segala-galanya.Fiqah terkejut,tiada apa-apa kata yang dari mulutnya seketika."Anas....Saya mintak maaf! Lebih baik awak hapuskan saja perasaan tu.sebab saya..""Sebab kenapa..?Saya tak cukup baikkah untuk awak?Fiqah...Lebih baik awak lupakan saja Firdaus tu..Dia takkan mungkin sukakan  awak..."Luah Anas."Awak nak tahu...sekarang saya dah bersedia untuk lupakan Firdaus sebab hari ni...Adalah hari terakhir saya berada di sekolah ni..Sebab itulah.."Jelas Fiqah dengan wajah yang sedih."Apa..!Tapi..!""Anas...Terima kasih kerana awak menghargai saya dan saya sangat menghargai persahabatan awak.Saya harap awak dapat jumpa gadis yang lebih baik daripada saya."Tiada gadis yang lebih baik daripada awak,Fiqah.Awak akan sentiasa di hati saya.Sukar sebenarnya untuk saya lepaskan awak pergi.""Selamat tinggal.Anas."Ucap Fiqah yang hamper melangkah keluar dari pintu pagar sekolah.Tambahan pula,Faiz sedang menunggu Fiqah didalam kereta untuk di bawa pergi.

Tiba-tiba terdengar seseornag menjerit nama Fiqah! Langkah Fiqah terhenti."Tnggu dulu!"Firdaus separuh menjerit.Fiqah terkejut,begitu juga dengan Anas."Kenpa kau tak ceritakan kat aku selama ni?Tanya Firdaus tiba-tiba wajah Fiqah berkerut."Aku...Aku dah tahu semuanya.Najwa dah ceritakan semuanya pada aku...Kenapa kau nak tinggalkan aku?Aku tahu aku salah..Aku tak sedar cinta kau selama ini,tapi tolong jangan pergi.Aku dah tak ada lagi dengan Puteri! Maafkan aku,Fiqah."Firdaus merayu.Air mata Fiqah mengalir keluar.Sementara Anas hanya mampu menyaksikan semua itu.Kalau boleh,dia teringin mengusap air mata Fiqah yang mengalir keluar."Firdaus..semuanya dah terlambat..Sekarang aku dah bersedia untuk lupakan kau.Apapun jua,itu takkan mengubah kehendak aku.Lebih baik kau kembali saja pada Puteri.rasanya dia lebih memerlukan kau daripada aku..""Tak ada gunanya lagi aku kembali pada Puteri.Aku dan dia takkan mungkin bersama lagi.Aku sangat perlukan kau.Tolong jangan pergi,Fiqah.""Maafkan aku,Firdaus.Aku terpaksa pergi.Terima kasih kerana selama ni menjadi kawan baik aku.Cukuplah sampai disini kita menjadi kawan baik.Selamat tinggal.."Fiqah perlahan-lahan lepaskan tangan Fiqah."Fiqah...!!"Firdaus menjerit,melutut,menangis.Fiqah sudah pun masuk ke dalam kereta,langsung tidak memandang Firdaus walaupun untuk seketika.Sementara,air mata Firdaus menitis perlahan melihat kereta Fiqah semakin hilang dari pandangannya."kadang-kadang cinta membawa banyak pengertian.Ada sesetengah manusia yan hanya tahu bercinta,tetapi tak memahami cinta tu."Hati Firdaus berbisik kecil,senyum mengenang wajah Fiqah

Jumaat, 16 Ogos 2013

Saya disisi Awak

Abang duduk bersandar dekat atas kerusi kayu tu.Kebosanan,abang mula mengetuk-ngetuk meja makan kayu tu.Abang mengangkat muka,melihat wajah Zaty yang berdiri di muka pintu."Nasib baik pintu rumah kita bila masuk boleh nampak dapur.Kalau tak,mesti Zaty tak perasan abang ada kat sini."abang senyum pada Zaty.Zaty melangkah masuk dengan menarik bagasi berwarna biru menggunakan tangan kanan.Zaty melangkah masuk ke ruang dapur tempat abang berada.Zaty merenung tepat ke arah abang,ke tempat duduk abang.Tak semena-mena,Zaty jatuh terduduk."Kenapa ni sayang?Kenapa menangis?"Abang melangkah lalu duduk bersila di hadapan Zaty.Abang angkat tangan untuk menyisir rambut yang menutup muka Zaty.Tapi..abang tak boleh pegang."Abang dah tak boleh nak rasa lembutnya rambut kamu".Abang menggerakkan tangan ke pipi Zaty.Sah!!The accident few month ago made U lost me.Zaty duduk bersila atas bangku kat taman hospital tu sambil memeluk tubuh.Angin malam yang dingin berhembus kasar membuatkan Zaty mengigil."Apa kamu buat ni?Kalau abang belum mati lagi,dah lama abang angkat Zaty masuk dalam tau.Zaty sendiri tahukan,kat luar ni sejuk sangat-sangat.And,kenapa Zaty tak makan?Zaty makin kurus tau tak?Sebab tu Zaty sakit sampai masuk hospital macam ni.Kan abang dah kata,eat well.Kenapa Zaty tak nak dengar apa abang kata,huh?!!" Abang tak habis membebel lagi,tapi Zaty dah tertidur.Abang melangkah lalu duduk disebelah Zaty yang kepala dah teelentuk di atas bahu."Kan abang dah kata,nak tidur carilah bantal."Tiba-tiba ada seorang mamat dating.Bagi salam pun tak,selamba dia je duduk atas bang."Memanglah abang ni roh je.Tapi,abang pun ada perasaan tau."Sekarang,baru abang perasan siapa mamat tu.Mamat berkot putih tu,doktor yang rawat Zaty.Kemudian,doktor tu bersuara,"It's nice to meet you again,Zaty." "Cepatlah siram kuah tu!"suara ceria Zaty kedengaran daripada dapur kondominium di tingkat enam.Mata Zaty dah bersinar melihat carbonara di depan mata."Sabarlah!"kata doctor tu,tangan kanan menyiram kuah diatas pinggan berwarna putih.Zaty cepat-cepat mencapai garfu dari dalam laci lalu menyuap makanan Italy itu ke dalam mulut.Doktor tu hanya tergelak kecil sambil mengelap meja.Zaty buat tanda Thumbs up dengan ibu jari sambil mengunyah."Sesungguhnya,abang rindu tengok wajah isteri abang yang macam ni".

Hari ni,doktor tu propose kat Zaty."Terus terang,memang abang cembutu sangat-sangat,but,what I can do.Live must be go on.Zaty tak boleh hidup dalam bayangan abang je."Zaty menegadah siling diatas.Tepat ke arah skrin besar berbentuk kubah kat Planetarium tu.Suara bergema memecah kesunyian dewan tayangan yang hanya cuma ada Zaty dan doctor tu.Doktor tu memusingkan kepalanya.Memberikan isyarat berhenti kepada staf yang mengemudi tayangan."Cantik,Thankss sangat-sangat Farid.Dah lama tak tengok bintang banyak sangat macam ni!"Zaty menuturkan.Farid tersenyum.Dia bangun dari tempat duduknya dan memegang tangan Zaty."I'm about to ask.Will U marry me?"Farid bersuara.Membuatkan Zaty terpaku seketika."ok..I belum beli cincin lagi tapi,what would U say?" Zaty tak berhenti ketawa kegembiraan.Selepas beberapa minggu..Majlis perkahwinan Zaty dengan Dr.Farid akan berlangsung sebulan lagi."Abang gembira dalam sedih untuk Zaty.Zaty dah lama cari lelaki lain kan?Abang gembira untuk tu.Tapi sedih sebab Zaty bukan milik abang lagi.Baru abang tahu,Farid ni,chilhood friend Zaty.Zaty dah lama terpisah dengan dia.Dan..Zaty jatuh cinta dengan abang masa Zaty try nak cari dia.Anyway,abang harap korang berdua bahagia hingga ke akhir hayat,Abang akan selalu ada kat sini,memerhatikan Zaty setiap hari.Abang cuma harap Zaty lupakan bekas suami Zaty,Farhan yang dah jadi Roh ni."

Flashback.2 years ago...
Sepasang kekasih lari merentasi hujan.Mereka menuju ke sebuah restora,mereka cepat-cepat masuk ke dalam.Zaty mengigil kesejukan,"Sejuk?" Farhan bertanya.Zaty tersenyum.Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan."Boleh tolong kuatkan heater tak?Farhan bertanya kepada pelayan lelaki itu.Pelayan itu mengganguk dan berlalu pergi setelah mengambil pesanan.Farhan merenung Zaty di hadapannya"Zaty..."Farhan memanggil.Dia mahukan perhatian Zaty,Zaty merenung wajah teman lelakinya."Zaty tahukan,kita sepatutnya pergi tengok bunga api kat festival hari ni,I was about to done this during watching the fireworks but suddenly the rain came down and I can't wait anymore.Zaty...Will U marry me?"Sebaik saja Zaty menganguk Farhan mengeluarkan cincin lalu menyarungkan cincin itu dijari Zaty~